Nisf, bermaksud Separuh .. Adalah peristiwa hari ke 15 dalam bulan Syaaban, tahun Hijrah ..
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat selepas Malam Lailatul Qadar ..
Hari Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan orang2 Muslim selama setahun diangkat
ke langit dan seterusnya diganti dengan buku catatan yang baru ..
Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuknya
waktu Maghrib ..
Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun pada waktu malam dan berjaga
kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan Lalai ataupun Tidur ..
Terdapat peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan
ini, antaranya ialah Malam Nisfu Syaaban, Penukaran arah Kiblat dan Peperangan Bani Mustaliq ..
Antara amalan2 yang digalakkan dalam bulan ini adalah memperbanyakkan puasa sunat, berdoa,
berzikir dan berselawat .. Marilah kita bersama2 memperbaiki diri di jalan yang benar ..
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar ..
Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri dengan bulan Ramadhan . Sesungguhnya
bulan Rejab (sebelum bulan Syaaban) adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,
pada bulan Syaaban adalah peluang untuk kita memperbaiki dari segala macam cela dan
pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa .. InsyaAllah .. :)
No comments:
Post a Comment